Cikgu
SENIWAN

Pengenalan

KENALI SAYA!
Nama: Wan Nur Athirah Bt Wan Mhd Sanusi
Program: PPISMP Ambilan Jun 2022
Khursus: GAPD 1032 - Asas Pembelajaran Digital
Institut: Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA)
Nama Pensyarah: Dr. Muhammad Fariduddin Bin Wajdi Anthony
Matlamat: Penulisan laman sesawang ini adalah untuk memperkenalkan subjek Pendidikan Seni Visual kepada semua yang melawati laman sesawang ini serta memupukkan rasa cinta terhadap seni dalam kalangan kanak-kanak.

Pengenalan PSV
Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kandungan Sukatan Pembelajaran PSV
01
Menggambar
03
Membentuk dan Membuat binaan
02
Membuat corak dan rekaan
04
Menghasilkan Kraftangan