Cikgu
SENIWAN
Kraftangan Kanak-kanak
Kraftangan amat membantu dalam perkembangan kanak-kanak untuk terus membesar dan menguasai segala kemahiran dan psikomotor kasar dan halus. Dengan menguasai segala kemahiran itu, ia membantu kanak-kanak untuk menerokai dan dapat mengasah kreativiti kanak-kanak.
Di bawah terdapat maklumat berkaitan dengan pengenalan seni kraftangan.
Penghasilan Kraftangan dan kemahiran membuat corak
Dalam topik penghasilan kraftangan, murid-murid bukan sahaja dapat belajar untuk mencipta dan menghasilkan kraftangan kanak-kanak malah murid juga dapat belajar asas pendidikan seni visual yang lain iaitu membuat corak dan rekaan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam penghasilan kraftangan kanak-kanak mereka akan menghasilkan corak pada bahan seperti kertas sebelum menghasilkan produk kraftangan.
Murid akan menghasilkan corak yang kreatif dan unik oleh kerana setiap corak yang mereka hasilkan juga adalah sebahagian daripada luahan emosi dan perasaan mereka pada ketika itu





Contoh aktiviti penghasilan kraftangan dan menghasilkan corak

AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH SEWAKTU PENGHASILAN KRAFTANGAN







